Karnival Kerjaya BN : 30 000 Peluang pekerjaan

Tuesday, July 16, 2013



Tahun ini masuk tahun ketiga Karnival Kerjaya akan di anjurkan oleh BN. Penganjuran karnival pada tahun sebelum ini telah berjaya meberikan pekerjaan kepada lebih 160 000 individu. Pengerusi Pemuda BN mengatakan bahawa karnival ini akan dijadikan acara tahunan untuk membantu golongan belia yang mencari perkerjaan.

Karnival pada tahun ini di sertai oleh lebih dari 300 buah syarikat yang akan menawarkan lebih 30 000 pekerjaan, termasuk 120 syarikat yang menjalankan perniagaan secara 'online'. Karnival tahun ini telah diadakan di tiga buah negeri iaitu Kedah, Terrenganu dan juga Sabah dan kali ini akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 27 hingga 29 September ini.

Golongan belia boleh menggunakan karnival ini sebagai saalah satu medium untuk mencari informasi yang dapat membantu mereka dalam pelbagai bidang termasuk program keusahawanan dan bantuan perniagaan. 

Karnival ini turut menawarkan khidmat nasihat dan panduan mengenai pelbagai program keusahawanan, latihan dan kemahiran yang ada disamping memberikan maklumat mengenai pelbagai bidang yang boleh di ceburi oleh belia.

Pemuda BN turut melancarkan aplikasi mudah alih dan media sosial yang dikenali sebagai BN Youth Job Fair App Mobile yang boleh dimuat turun secara percuma melalui iTunes, Android atau Blackberry sempena Karnival Kerjaya BN ini. 

Maklumat lanjut boleh di dapati dari : http://bnyouthjobfair.my

0 comments:

Post a Comment