Harga Petrol Malaysia Mahal?

Thursday, July 4, 2013



Ramai yang mengeluh bahawa harga minyak menjadi semakin mahal pada masa kini. Tidak dapat di nafikan dengan kos dan taraf hidup yang semakin meningkat, sudah tentu kenaikan harga akan lebih di rasai.

Terdengar juga ura-ura berkaitan harga minyak akan meningkat berikutan pergolakkan di Mesir. (abcnews, As Egyptian Turmoil Intensifies, Oil Prices Hover Above $102)

Tapi ramai yang tidak tahu bahawa harga minyak di Malaysia merupakan antara yang terendah di dunia. Mengikut kajian yang di lakukan oleh Bloomberg, Malaysia berada di kedudukan 53 daripada 60 buah negara yang di senaraikan. (Harga petrol 3-18 Januari 2013) 

Negara yang mendapat tempat pertama ialah Turki iaitu segelen (3.78541L) dijual pada harga RM30.60. Negara yang menyandang tempat terbawah ataupun menjual segelen minyak dengan harga termurah pula ialah Venezuela dengan harga RM0.186 sahaja. Perbezaan harga yang begitu tinggi ini adalah disebabkan oleh takrif cukai oleh negara masing-masing, seperti juga negara kita Malaysia.

Walaupun mempunyai ekonomi yang pesat membangun, namun rakyat Turki membelanjakan 1/3 daripada purata pendapatan seharian mereka untuk minyak kenderaan. 

Malaysia di kedudukan ke 53, hanya 8 tangga berbeza daripada negara termurah.


Harga petrol di Malaysia juga merupakan yang ke-dua termurah di Asia Tenggara selepas Brunei. Sumber dari Jabatan Penerangan menyatakan perbandingan harga dalam Ringgit Malaysia, harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (S$2.12) seliter bagi RON 95, diikuti Thailand (RM3.91), Filipina (RM3.90), Indonesia (RM3.18), Vietnam (RM3.14) dan yang paling murah ialah Brunei (RM1.28 untuk RON 97). 

Mungkin ramai yang tidak perasan Kerajaan Malaysia memberikan subsidi bernilai RM25 bilion setahun agar rakyat Malaysia membayar harga yang rendah untuk bahan api yang menggerakkan kenderaan mereka, gas memasak untuk memasak makanan mereka dan bahan asas lain seperti tepung, gula dan minyak masak.

Jadi sekiranya kita mengeluh akan harga minyak yang mahal, pikirkan sejenak bagaimana kepayahan penduduk Turki dan negara lain.





0 comments:

Post a Comment