5 Tips Penjimatan Petrol

Friday, July 5, 2013

Pic credit : google image

Kos hidup yang tinggi pada masa kini, kita sebagai pengguna haruslah bijak menggunakan semua alternatif yang kita ketahui untuk menjimatkan perbelanjaan seharian kita. Manusia menjadi semakin kreatif dalam mencipta pelbagai alternatif supaya dapat berbelanja kurang. Antaranya ialah cara menjimatkan pengunaan minyak.


1. Kurangkan muatan kenderaan

Lebih banyak muatan yang terpaksa dibawa oleh kenderaan, lebih banyak bahan api akan di gunakan untuk menggangkut barangan tersebut. Bersihkan kereta anda daripada barang-barang yang tidak di perlukan. Barang-barang seperti kotak dan rak pada bumbung kereta hanya akan menambah rintangan angin dan sekaligus meningkatkan pengunaan minyak. Sekiranya anda tidak menggunakannya, lebih baik di buka dan di simpan dirumah.

2. Gunakan gear yang sesuai

Memandu dalam gear rendah daripada yang sepatutnya menyebabkan bahan api perlu di bakar dengan lebih banyak. Perkara yang sama juga harus di lakukan bagi gear tinggi. Memandu menggunakan gear yang sesuai membawa banyak perbezaan kepada pengunaan minyak yang lebih effisien.

3. Rancang perjalanan anda 

Anda boleh menjimatkan pengunaan minyak sebelum meninggalkan rumah lagi, iaitu dengan merancang perjalanan. Elakkan menggunakan jalan yang anda tidak biasa lalui kerana ia hanya akan membuang masa dan risiko untuk sesat adalah tinggi. Ambil perhatian pada trafik. Elakkan keluar pada masa 'peak hour', iaitu waktu persekolahan dan pejabat. Jangan hidupkan enjin sehingga anda sudah bersedia untuk bertolak.

4. Jangan memandu terlalu laju

Menginjak pedal accelerator akan membakar lebih bahan api, oleh itu mengekalkan momentum yang sesuai adalah penting. Lebih banyak kita menekan pedal, enjin akan mengepam lebih minyak. Begitu juga dengan menggunakan brek.

5. Periksa Tayar

Sebelum memulakan perjalanan periksa tekanan pada tayar, tekanan yang tidak sesuai akan menyebabkan rintangan pada tayar dan minyak di perlukan untuk mengatasi rintangan tersebut. Memeriksa dan mengekalkan tekanan tayar akan meningkatkan pengunaan minyak secara effisien sebanyak 2%.


Dengan beberapa tips yang mudah, kita sudah dapat menjimatkan kos petrol secara tidak sedar. Tips ini boleh di jadikan sebagai tabiat juga untuk keselamatan jalan raya.



Source : http://www.healthylifestyleplus.com/


0 comments:

Post a Comment