KOTA KINABALU: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) berhasrat untuk membantu Kerajaan memperkukuhkan lagi hubungan diplomatik antara Malaysia dan China dengan pelbagai aktiviti dan program.
Presidennya, Datuk Michael Lui berkata, KKCCCI akan menyediakan lebih banyak sesi dialog dan perbincangan dengan badan-badan Kerajaan dan badan bukan Kerajaan dari China yang melakukan lawatan ke sini bagi memperkukuhkan lagi hubungan dua hala termasuk dari aspek perdagangan, budaya, pendidikan dan pelancongan.
“Setakat ini KKCCCI telah menerima lebih lapan kunjungan hormat dari badan-badan Kerajaan dan badan bukan Kerajaan dari China yang turut menyertai sesi dialog bagi membincangkan segala isu yang mampu memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak,” kata Michael di Mesyuarat Agung Tahunan KKCCCI, di sini, kelmarin.
Katanya, hubungan diplomatik antara kedua-dua Negara akan dapat diperkukuhkan lagi dengan wujudnya Konsulat China di Sabah.
Juga, pihaknya menyambut baik langkah Kerajaan yang menubuhkan ‘Bank of China’ dan bank komersil lain dari China di sini.
Katanya, penubuhan bank ini dapat memudahkan lagi ahli KKCCCI yang terlibat dengan industri perniagaan dan perindustrian bersama komuniti perniagaan dari China untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan.
Selain itu, KKCCCI juga akan menganjurkan Kursus Latihan Perguruan Tadika China yang akan dikendalikan oleh enam pakar dari ‘China Oversea Bureau’ dan ‘China Fujian Provincial Overseas Bureau’.
Katanya, kursus tersebut akan berlangsung selama sebelas hari pada musim cuti sekolah Disember nanti.
Terdahulu, KKCCCI turut mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil kepada 170 anak-anak ahlinya yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Ujian Penilaian Meenengah Rendah (UPSR) dan pra-sekolah.
New Sabah Times

0 comments:
Post a Comment