POIC Tarik Pelaburan RM 4.5b Dalam 5 Tahun

Wednesday, February 22, 2012

Lahad Datu: Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) telah menarik pelaburan berjumlah 
rm4.5 b sejak sejak peubuhannya pada 2008, kata ketua pegawai eksekutif POIC 
Sabah Sdn Bhd, Datuk Dr Pang Teck Wai. 
 
 "Kita juga menyaksikan tumpuan terbesar syarikat utama Malaysia dan Pelaburan pada 
satu Lokasi geografi di Sabah, " beliau dipetik sebagai berkata dalam taklimatnya kepada 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di ibu pejabat POIC di sini. 
 
 Selain kepantasan POIC menarik 39 pelabur, kata beliau, daya maju komersial ini diakui 
oleh Petronas, yang melabur dalam terminal penggasan semula dan Tenaga Nasional 
Berhad yang membina loji kuasa 300MW yang dijadualkan mula beroperasi pada 2015. 
 
 Pang berkata sebuah perlaburan Kontena sedang dirancangkan untuk menarik perlaburan 
perindustrian berjumlah rm100 billion dalam 20 tahun akan datang, dan meningkatkan 
pendapatan per kapita penduduk Sabah. 
 
 Beliau berkata POIC berhasrat memanfaatkan lokasi geografinya dalam Kawasan 
Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia- Filipina(BIMP-EAGA) dan
perlaburan laut dalam semulajadinya untuk memperluas kegiatan dengan menceburi sektor 
minyak dan gas, serta membangunkan sebuah hub logistik serantau. 
 
"Sumbangan berpotensi sebanyak RM9.35 bilion tanpa perlaburan Kontena akan meningkat 
menjadi RM 19.7 billion jika ada perlaburan Kontena." 
 
 "Dari sudut pendapatan negara kasar (PNK), sumbangannya ialah RM 8.39 bilion dengan 
pelabuhan dan RM 3.49 bilion tanpa kemudahan itu, " katanya, sambil memetik laporan oleh 
PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri). 
 
 POIC terletak di bawah bidang ekonomi Utama Negara Sawit Program Transformasi 
Ekonomi yang bertujuan meningkatkan pendapatan daripada kelapa sawit sebanyak tiga kali 
ganda, yang melebihi RM80 bilion tahun lepas.

Pang berkata POIC Sabah juga sedang mengkaji untuk menjadikan sektor-sektor berasaskan 
sumber sebagai indistri dan menggalakkan perkembangan perusahaan kecil dan sederhana 
dalam bidang perkayuan, akuakultur dan makanan. 

POIC juga menempatkan kluster baja terbesar di Malaysia dengan lapan kilang yang 
mengeluarkan lebih sejuta tan metrik baja setahun. 
 
 Pang juga memberitahu Najib bahawa satu alat tuaian sawit mekanikal prototaip - Mesin 
Pertanian Malaysia-China - telah dibangunkan bersama oleh Malaysia dan China. China 
adalah pengimport utama minyak sawit Malaysia. 
 
 Beliau berkata mesin itu dijangka dapat menyelesaikan masalah pengantungan Malaysia kepada 
tenaga buruh asing dalam industri minyak sawit. 

Pekerja asing menguasai lebih 92 peratus tenaga kerja penuaian tandan buah segar sawit. 
"Mekanisasi rantaian pengeluaran Sawit adalah antara empat teras utama yang akan 
meningkatkan pendapatan daripada minyak sawit sebanyak tiga kali ganda mulai sekarang 
hingga 2020, " katanya. 
 
Hadir pada sesi taklimat itu ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, Menteri Pembangunan
Perusahaan Negeri dan Pengurusi POIC Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, serta 
menteri-menteri Kabinet. 
-Bernama


Artikel ini dipetik daripada Harian Ekspress ruangan Ekonomi, 19 Februari 2012     

10 comments:

  1. Ini satu peningkatan yang sangat memberansangkan. Semoga akan berkembang dari tahun ke tahun yang akan datang.

    ReplyDelete
  2. Keadaan ini menunjukkan Sabah sudah mula berkembang dan sudah mula menunjukkan kesan positif diatas usaha yang dilakukan.

    ReplyDelete
  3. satu perkembangan yang baik dari POIC, moga ia akan terus berkembang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Projek yang akan menguntungkan Sabah. harap2 akan lebih berkembang.

      Delete
  4. Selain kaya dengan hasil bumi, Sabah juga mempunyai lokasi yang strategik untuk pelbagai projek.

    ReplyDelete
  5. Pang berkata POIC Sabah juga sedang mengkaji untuk menjadikan sektor-sektor berasaskan sumber sebagai industri dan menggalakkan perkembangan perusahaan kecil dan sederhana dalam bidang perkayuan, akuakultur dan makanan.

    POIC juga mengambil berat tentang perkembangan perusahaan kecil dan sederhana.

    ReplyDelete
  6. Hopefully the POIC can continue to gain more investments in the state so that it can help give our local economy a boost.

    ReplyDelete
  7. I hope the prototype of the new harvesting machine will be able to successfully built so that we can rely less on human workers in the palm oil industry.

    ReplyDelete
  8. satu nilai pelaburan yang cukup besar dalam jangka masa 5 tahun.. syabas, dan saya harap POIC akan dapat menarik lebih banyak pelabur selepas ini..

    ReplyDelete
  9. Kehadiran POIC ini nampaknya menarik minat pelabur luar untuk datang ke Sabah. Teruskan lagi usaha bagi menarik lebih banyak pelabur.

    ReplyDelete