Penurunan Harga Kereta Secara Berperingkat

Thursday, July 4, 2013



Sejak dari kecil lagi kita sudah di ingatkan oleh orang tua untuk berjimat-cermat dalam perbelanjaan, di didik menabung untuk masa depan. Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit, peribahasa ini tidak asing lagi bagi kita. Ia membawa maksud usaha ataupun upaya kecil yang terus-menerus pasti akhirnya akan memberikan hasil.

Peribahasa ini bertepatan dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan harga kenderaan sedikit demi sedikit dalam tempoh yang panjang, iaitu 20-30% dalam tempoh 5 tahun, iaitu sehingga 2017. Pengurangan dalam kadar yang segera hanya akan memberikan lebih keburukan daripada kebaikkan kepada negara. Penghapusan duti eksais juga akan menyebabkan kerajaan kehilangan hasil cukai RM7B setahun.

RM7B merupakan satu jumlah yang banyak dan dapat memberi impak yang besar kepada pembangunan negara. Dengan jumlah yang sedemikian, kerajaan mampu menyediakan keperluan asas kepada rakyat Malaysia.

Namun usaha kerajaan yang masih lagi komited dan berpegang kepada manifesto mereka pada PRU-13 harus dipuji. Ini kerana terdapat banyak rungutan dan rasa tidak puas hati dan tidak percaya terhadap langkah kerajaan ini dan untuk tetap terus melaksanakan rancangan tersebut memerlukan keyakinan bahawa usaha ini akan berjaya dan memberi manfaat kepada rakyat.

Bak kata pepatah, kerbau di pegang pada talinya, manusia di pegang pada janjinya. Diharapkan usaha kerajaan ini akan menampakkan hasil yang membanggakan pada masa depan.



Pic credit : google image

0 comments:

Post a Comment